Program JEMBE TRANUNG KITE 2022 di Kalang Warisan , Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu



Diterbitkan pada 03 Okt, 2022

‘Jembe’ adalah salah satu perkataan yang digunapakai oleh penduduk Terengganu dalam perbualan harian yang memberikan maksud berkunjung atau melawat atau menuju ke sesuatu tempat. Sinonim dengan Program "Jembe Tranung Kite" ini, Alhamdullilah telah dihadiri hampir 8000 pengunjung selama 2 hari di Kalang Warisan, Pulau Manis Serada dengan pelbagai pengisian acara ilmu seni budaya dan warisan semasa bersiaran langsung Selamat Pagi Malaysia "Nadi Seri Pagi" RTM - Radio Televisyen Malaysia di persisir sungai Terengganu.