Program Ceria Ramadan TERENGGANUfm 2023



Diterbitkan pada 12 Apr, 2023

Program Ceria Ramadan Terbitan Farah Haji Fauzi dan Rosliza Ghani telah berlangsung di perkarangan RTM Terengganu

Selari dengan semangat Malaysia Madani, program yang dilaksanakan mendekati dan menyantuni golongan yang memerlukan melalui Program ceria Ramadan yang menjadi acara tahunan bagi RTM Terengganu setiap kali tibanya bulan Ramadan

Menurut Pengarah Penyiaran Terengganu En Sabri Mansor,Jabatan Penyiaran Terengganu amat berbesar hati dengan kesudian Komander Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu, Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kerana sudi menaja jamuan berbuka puasa tersebut.
 
Simbolik kepada ulangtahun RTM ke 77 tahun pada tahun ini, seramai 77 penerima terdiri daripada peniaga dari golongan asnaf, anak-anak yatim dan anak-anak tahfiz akan menerima sumbangan  hasil kerjasama erat antara rakan strategik
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM  memberi sumbangan wang tunai dan AC gas kepada peniaga  terpilih.
 
Manakala Jajja Chinta Hair Care turut memberi Sumbangan berbentuk wang tunai dan produk kecantikan kesihatan Jaja Hair care  

Pihak Adabi Consumer SDN BHD  rakan strategik yang sering juga menyokong beberapa program yang dikendalikan RTM Terengganu menaja kepelbagaian produk daripada ADABI kepada yang diraikan hari ini serta turut menyediakan hidangan Kopi ADABI di food trucknya

Semoga gabungan usaha seluruh warga kerja RTM Terengganu ini mendapat keberkatan dan KeredhaaNya jua

Ramadan Kareem

📸 Atyka Jusoh