Kelab Hulur Sumbangan Kepada Kakitangan RTM Terengganu Terjejas Banjir



Diterbitkan pada 03 Jan, 2023

 

Kuala Terengganu, 2 Jan, Prihatin dengan nasib warga kerja RTM Terengganu yang terjejas akibat banjir yang bermula 18 Disember lalu.  
Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu menghulurkan sumbangan kepada 10 ahli kelab yang terkesan dengan musibah itu.

Penasihat Kelab tersebut, Sabri Mansor berkata, bencana banjir luar biasa pada episod gelombang kedua Monsun Timur Laut ini menjejaskan kediaman kakitangan terlibat. Sembilan daripadanya melibatkan kediaman di Terengganu manakala seorang lagi kediaman di Kelantan.

Beliau yang juga Pengarah RTM negeri berkata, selain menerima barangan keperluan dapur, mereka turut menerima sumbangan wang tunai bagi meringankan beban penerima.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di RTM Terengganu. 

Difahamkan, jumlah warga kerja terjejas banjir kali ini paling ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya.##


Wartawan : Nur Asyran Mohd Nor