YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital dalam Lawatan Kerja ke RTM Terengganu



Published on 20 Jan, 2023

Dalam rangka lawatan kerja tersebut beliau sempat menyantuni warga kerja RTM Terengganu dan seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Digital julung-julung kalinya diadakan di Jabatan Penyiaran Terengganu.
Beliau menyarankan semua jabatan di bawah kementerian itu membantu menyebarkan maklumat mengenai jenayah siber untuk mengekang kes tersebut daripada berleluasa.

Beliau turut  memaklumkan hampir 600-juta ringgit negara mengalami kerugian akibat jenayah terbabit.

Walaupun tugas dan siasatan dilaksanakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia-PDRM, akan tetapi tanggungjawab tersebut perlu di pikul bersama.

Sekaligus berusaha menjadikan rakyat di negara ini, celik terhadap dunia siber.
 
Manakala mengenai ketidak puas hati ditunjukan segelintir pihak berkenaan rangkaian liputan internet negara pula.

Data menunjukkan hanya tiga atau empat peratus sahaja kawasan lokasi liputan yang masih belum diterokai sepenuhnya.
 
Di samping terus berusaha meningkatkan ketercapaian serta peluasan jaringan Empat G.
 
Demikian kata beliau  ketika berucap pada majlis ramah mesra tersebut.
 
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja pertamanya ke Terengganu selama dua hari, kemudiannya turut meluangkan masa menjadi tetamu khas radio Terengganu fm.

Selain meninjau kemudahan fasiliti peralatan studio Bilik Berita Ehwal Semasa sebelum berangkat pulang.

Terima Kasih YB❤️

#Terengganufm
#RTM
#MesraCeria

📸 Atyka Jusoh