Jembe Teganu Kite



Published on 26 Feb, 2023

Program Jembe Teganu kita membuka tirainya hari ni dengan pelbagai pengisian menarik disajikan buat semua pengunjung.

Bertempat di Kampung Baru Penarik Setiu program dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu serta komuniti  Kampung.

Jembe Teganu Kita bermula dengan siaran Selamat Pagi Malaysia yang dihoskan Munawar, Raja Sophie serta gandingan Dj Jaja.

Pelbagai acara permainan tradisional ,pameran serta jualan pelbagai agensi turut diadakan di lokasi termasuk jualan industri kecil dan sederhana.

Program Ziarah Kasih antara pengisian Jembe Teganu Kita kali ini.

Timbalan Ketua Pengarah  Penyiaran Strategik merangkap Pengarah Bahagian Program Radio Nor'ain bakir mengetuai ziarah kasih berkenaan.

Lima keluarga kurang berkemampuan disantuni rombongan yang turut disertai Pengarah Rtm Terengganu Sabri Mansor, 
Pengarah Rtm Kelantan Wan Azhan Wan Hamat, Pengurus radio klasik Roslan Awang serta Timbalan Pengarah Rtm pahang Rida Suzirawati Muda.

Program ziarah kasih mendapat tajaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK Terengganu.

Terengganufm juga turut bersiaran secara langsung di lokasi Jembe Teganu Kita dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya Sketsa Kedai Kopi yang disiarkan secara langsung di lokasi.