Siapa yang pernah mendengar rancangan ini yang disiarkan setiap hari Sabtu pukul 9.15 pagi benar-benar memberi impak yang cukup besar kepada mereka yang memerlukan panduan dan kaedah yang betul dalam hal berkaitan Syariah di Terengganu Program yang dikendalikan oleh DJ Farah Fauzi itu, sedikit sebanyak ilmu yang diberikan oleh peguam yang dijadualkan dari Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu, sangat membantu masyarakat dalam memberi tunjuk ajar kepada pendengar Terengganufm. Tajuk dan Peguam yang berbeza setiap minggu juga sangat menarik minat pendengar untuk terus mengikuti Celik Syariah. Rancangan yang berdurasi 45 minit itu, bukan sahaja sesi pengajian satu hala, malah ianya juga memberikan peluang kepada para pendengar untuk berinteraksi menerusi talian mesra TFM 096235330/6238330 dan Facebook siaran langsung di halaman rasmi Terengganufm bagi bertanyakan soalan dan kemusykilan. Selain itu, boleh juga mendapatkan maklumat, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPST, dengan layari Halaman Facebook Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu Jangan lupa untuk setiap hari Sabtu pukul 9.15 pagi. Rancangan Celik Syariah.