Mengenai TERENGGANUfm

  • Sejarah Radio RTM

    Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
    Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
    Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
    Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
    Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
    Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

  • Sejarah TerengganuFM

    Siarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui siaran daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu fm beroperasi selama 24 jam sehari. Siaran Terengganu FM boleh didengari di keseluruhan negeri Terengganu, Kelantan Timur dan Pahang. RTM Kuala Terengganu merupakan ibu pejabat Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui gelombang sederhana Kuala Terengganu 392 meter/765khz, Kota Bharu 427 meter/702khz, Kuantan 370 meter/810 khz, Kuala Lipis 456 meter/648 khz dan Dungun 238 meter/1260khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulail 1992 secara berperingkat. Hari ini, Terengganu fm boleh didengari di Utara Kelantan dan Pahang Timur selain negeri Terengganu.

    Era semakin maju, Terengganu fm boleh didengar menerusi online yang di host terus daripada Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu.

  • Carta Organisasi

    Carta Organisasi Induk

    Carta Organisasi Pentadbiran

    Carta Organisasi Rancangan

    Carta Bahagian Rancangan

    Carta Organisasi Kejuruteraan

    Carta Bahagian Kejuruteraan

    Carta Bahagian Berita Ehwal Semasa

    Carta Bahagian Berita

  • Visi dan Misi

    Visi

    • Peneraju Gagasan 1 Malaysia Berteraskan Kandungan Rancangan Yang Bermutu Bagi Membina Negara Bangsa.

    Misi

    • Menyiarkan Rancangan Yang Berteraskan Kepelbagaian Budaya Tempatan.
    • Membangunkan Kandungan Tempatan Berteraskan Konsep 1 Malaysia.
    • Memacu Industri Kreatif Tempatan.
    • Menggunakan Teknologi Terkini Dalam Penyiaran.