RAKAMAN RANCANGAN PANTUN RIA



Diterbitkan pada 06 Jun, 2020

Pada 3 Jun 2020, Jabatan Penyiaran Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah berkolaborasi dalam menjayakan Rancangan Pantun Ria bertempat di Auditorium RTM Terengganu, Bukit Pak Apil. Rancangan Pantun Ria yang bersiaran sebulan sekali ini mengetengahkan siaran berkonsep pantun santai antara penyampai-penyampai TERENGGANUfm dan jabatan, agensi atau organisasi di Negeri Terengganu.