KONVOI MERDEKA 2020


Diterbitkan pada 31 Uti, 2020

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2020, Jabatan Penyiaran Terengganu telah mengadakan Konvoi Merdeka yang bermula dari RTM Terengganu ke KGRP Kerteh, Kemaman. Perjalanan mengambil masa 2 jam bermula dari Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu dan berhenti di ‘check point’ pertama di Dungun sebelum tiba di lokasi terakhir di KGRP Kerteh, Kemaman. Konvoi Merdeka 2020 ini disertai oleh warga RTM Terengganu dengan rakan kerjasama strategik PROTON dan ADABI dan turut disertai 10 orang artis veteran popular tanah air antaranya, Wan Maimunah, Shahruddin Thamby dan Norlia Ghani. SOP diutamakan sepanjang program ini berlangsung.