GEMA Tfm sempena Maulidur Rasul



Published on 29 Oct, 2020

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya umat Islam akan menyambut Hari Maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah SAW juga berlaku pada tanggal 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah. Manfaat juga untuk dikongsikan di sini bahawasanya kebanyakan ahli sejarah pada zaman sahabat dan tabiin yang meriwayatkan kisah dan kehidupan Rasulullah SAW merupakan pakar dalam ilmu hadis.

GEMA Tfm diwarnai dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan diikuti dengan persembahan nyanyian lagu nasyid dan ketuhanan. Pada sebelah malam pula, telah diadakan Forum Perdana yang dibarisi penceramah-penceramah hebat di Negeri Terengganu antaranya Ustaz Mad Kecik dan Ustaz Wan Anuar Wan Mamat, dan moderator oleh Ustaz Mohd Zaki. Artis yang terlibat bagi menjayakan GEMA Tfm ini ialah Apex Mentor, Aiman Sidek, Dua Akustika, Dendang Anak, 4s Voice dan kakitangan RTM Terengganu. Penggunaan MCP membolehkan penonton menyaksikan secara siaran secara langsung menerusi Facebook TERENGGANUfm.