Pertandingan Bintang Karaoke

Pertandingan Bintang Karaoke telah berlangsung di Festival Seni & Budaya Warisan Terengganu 2018 di daerah Dungun pada 20 Mac 2018 dengan kerjasama muzium daerah Dungun. Bintang karaoke ini telah disertai kira-kira 30 orang peserta yang rata-rata dari Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman malah ada juga dari Seremban. Pertandingan karaoke telah bermula pada jam 10 pagi, manakala peringkat akhir pada jam 3 petang.

Antara juruhebah yang terlibat pada hari kejadian ialah Shafiee Sulong, Aini Sulong, Farah Fauzi serta ketua bahagian rancangan,Wan Abd Rahman Wan Abd Hayat. Terdapat banyak pameran yang terdiri daripada jabatan kerajaan daerah Dungun

Pihak juri terdiri daripada pihak RTM serta kakitangan muzium Daerah Dungun. Seramai 10 orang peserta berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan Bintang Karaoke. Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200 serta saguhati.

Layari Facebook Kami