Karnival Sehati@RTM sempena Ekspo Terengganu 2018

Karnival Sehati@RTM sempena Ekpo Terengganu 2018 telah berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 25 Februari hingga 3 Mac 2018. Majlis perasmian pembukaan karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan majlis perasmian penutupan pula dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pelbagai pavilion dibuka sekitar tapak ekpo yang turut mempamerkan kejayan-kejayaan yang telah diterpa oleh rakyat Terengganu diperingkat Malaysia mahupun antrabangsa, iaitu dengan membawa tema #TerengganuMolekDoh.

Ekpo Terengganu 2018, istimewa turut membawa artis Tanah Air bagi memeriahkan lagi suasana di tapak ekspo. Antaranya ialah Aiman Tino, Ameng Spring, Wany Hasrita, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Dalam melonjakkan permodenan kepada rakyat, tradisi peninggalan nenek moyang masih lagi dikekalkan dan dipamerkan supaya sentiasa tersemat di hati rakyat Terengganu. Permainan tradisonal dan senibina rakyat Terengganu turut dibawakan khas melalui replika supaya lebih dekat dengan pengunjung.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam turut disajikan bagi mengisi akltiviti kerohanian pada sebelah malam. Menarik juga, cabutan bertuah yang berupa pangsapuri bernilai 100 ribu serta dua buah pancuan empat roda dan pakej perkahwinan bernilai 20 ribu ringgit menjadi milik rakyat.

Layari Facebook Kami